Benarkah kenaikan OPR punca muflis?

Kebelakangan ini Overnight Policy Rate (OPR), sering dikaitkan dengan muflis, namun ianya kurang tepat dan agak mengelirukan. Saban kali saya dah mengulas perkara ini, OPR adalah salah satu instrumen mengawal inflasi, mengawal aliran modal keluar, serta bermatlamatkan kelestarian ekonomi jangka panjang dan kualiti kehidupan serta kuasa membeli, didalam jangka masa panjang

Berdasarkan kajian dan fakta, punca utama muflis, adalah gaya hidup keterlaluan, melebihi kemampuan, namun tidak dinafikan secara total ada ketikanya muflis berlaku akibat kehilangan punca pendapatan disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Kita juga harus membezakan antara pendirian bank persendirian, konvensional mahupun islamik, dan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang menaikkan OPR. Ketika BNM menaikkan OPR, bank-bank boleh memberi pengecualian kepada peminjam sedia ada, khasnya golongan yang terkesan, rapuh.

Golongan yang sebenarnya menghadapi kesukaran membayar hutang, umat Islam, juga boleh menghubungi Lembaga Zakat, dan mencari penyelesaian dan memperoleh bantuan; ini hanya utk kes-kes yang tulin dan bukan untuk yang sengaja bermewah.

Punca utama kedangkalan ilmu pengurusan kewangan ialah, berbelanja melebihi kemampuan, terlalu mengikut nafsu.

Kerajaan juga harus memainkan peranan memantau pihak-pihak yang menawarkan BNPL (Buy now pay later) seolah menggoda khasnya golongan belia berbelanja melebihi kemampuan. Apa yang lebih menyedihkan inisiatif BNPL dipromosi sebagai sesuatu yang ‘halal’ dan ini amat berbahaya.

BNPL seolah ‘barah’ bentuk baharu, yang harus dikawalselia. Walaupun ada kebaikannya, namun perniagaan ini harus dilakukan secara beretika, apatah lagi yang menggunakan terma seperti ‘halal’ dan ‘patuh shariah’.

 

By Assoc. Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid